Wednesday, February 7, 2007

Habarnya

Anonymous
Habarnya
Tue Feb 6, 2007 10:36AM
61.6.163.21
Pamplet Pasal Koperasi telah diedarkan....................

Persoalannya adakah ia memenuhi prinsip koperasi?
Ulun tengah berusaha untuk mendapatkan salinan pamplet berkenaan.

Walau bagaimanapun disertakan tulisan berikut untuk bacaan kulaan.

Prinsip-Prinsip dan Nilai-Nilai Koperasi

Prinsip-prinsip yang menjadi tulang belakang serta identiti Koperasi sepertimana yang telah diistiharkan oleh Ikatan Koperasi Antarabangsa pada 24 September, 1995 di Manchester, United Kingdom terbahagi kepada tujuh (7) prinsip, iaitu:

1. Keanggotaan Secara Sukarela dan Terbuka.

Keanggotaan bagi sesebuah Koperasi adalah terbuka untuk semua golongan dalam kelompok masyarakat yang dinyatakan dan ahli-ahlinya hendaklah diberikan penerangan serta penjelasan yang secukupnya sebelum ia membuat keputusan secara sukarela untuk menganggotai Koperasi berkenaan. Tiada sesiapa boleh dipaksa untuk menganggotai sesuatu Koperasi dan tiada ahli atau anggota boleh dipaksa untuk berhenti menjadi ahli atau meletakkan jawatan, kecuali mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh undang-undang kecil Koperasi berkenaan.

2. Kawalan Demokrasi Oleh Anggota

Setiap anggota Koperasi mempunyai satu undi tanpa mengira bilangan syer yang dipegang. Kesemua perkara penting yang melibatkan pemilihan Anggota Lembaga Koperasi, perihal berkaitan tataurus Kewangan dan isu-isu berkaitan dengan dasar dan halatuju Koperasi hendaklah diusulkan, dibentangkan dan diputuskan di dalam mesyuarat agong.

3. Penglibatan Ekonomi Oleh Anggota

Setiap individu yang menganggotai Koperasi mempunyai hasrat untuk mengecapai menafaat dan faedah dari perkhidmatan dan kemudahan dari koperasi yang dianggotainya. Oleh yang demikian, setiap anggota Koperasi perlulah dengan secara samarata dan saksama menyumbang serta mengawal modal koperasi yang mereka anggotai secara demokrasi.

4. Autonomi dan Kebebasan

Organisasi Koperasi mempunyai autonomi dan berdikari yang dikuasai sepenuhnya oleh para anggotanya tanpa memerlukan sebarang bantuan, rebat, geran atau subsidi dari mana-mana pihak sekalipun.

5. Pendidikan, Latihan dan Maklumat

Berasaskan kepada pentingnya ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan selok belok perakaunan, teknologi pembuatan, teknologi terkini, pengauditan dan teknik pemasaran dalm membuat keputusan berhubung urustadbir koperasi, koperasi hendaklah pada setiap masa membuka peluang atau mencari peluang kepada anggotanya untuk melengkapkan diri mereka dengan pelbagai latihan, pengetahuan dan maklumat.

6. Kerjasama Di Antara Koperasi

Bagi mewujudkan status skala ekonomi yang lebih baik dan memberi manafaat kerjasama antara Koperasi adalah sangat-sangat digalakkan. Selain dari itu, bimbingan serta Khidmat nasihat juga dapat diberikan terutama bagi membantu koperasi baru berdasarkan kepada konsep mentor.

7. Prihatin Terhadap Masyarakat

Pergerakan Koperasi harus peka serta prihatin kepada keperluan serta nilai-nilai semasa bagi masyarakat sekitarnya.

Bagi menjamin supaya sesebuah Koperasi itu berjaya serta berupaya mencapai objektifnya, prinsip-prinsip yang ada hendaklah dilengkapkan dengan Nilai-Nilai Asas serta Nilai-Nilai Moral Koperasi. Nilai Asas bagi sesuatu gerakan Koperasi adalah sepertimana berikut;

1. Berdikari dan bertanggungjawab kepada diri sendiri. Tidak bergantung, berharap atau meminta kepada orang lain. Tidak juga menyelahkan pihak atau orang lain.
2. Demokrasi, setiap anggota mempunyai satu undi tanpa mengira jumlah syer.
3. Kesamaan dalam semua segi. Kesamaan hak mengundi dan mentadbir serta mendapatkan manfaat dari Koperasi, seperti yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul.
4. Kesaksamaan dan keadilan
5. Perpaduan, bersatu dan saling membantu melalui Koperasi.
6. Kesetiaan, menyokong dan memberi sumbangan yang sepatutnya bagi setiap aktiviti koperasi.
7. Bersatu hati, gabungan padu anggota dalam memajukan kepentingan sosio ekonomi para anggota koperasi.

Nilai-Nilai Moral bagi sesebuah koperasi pula bolehlah digariskan sepertimana berikut;

1. Sadiq, benar dalam serba serbi. Benar dalam aqidah, niat, perbuatan, percakapan syarak dan akhlak.
2. Amanah, melaksanakan tanggungjawab yang diserahkan dengan baik dan sempurna.
3. Ketulusan, berterus terang (jelas serta telus) dalam semua keputusan dan tindakan.
4. Tanggung jawab sosial, kemudahan sosial perlu disediakan dan dilaksanakan.
5. Sikap penyayang terhadap masyarakat. Koperasi mengalakkan aktiviti pendidikan, kesihatan dan perlindungan atau khairat kepada anggotanya.
6. Sikap penyayang terhadap masyarakat, hormat menghormati antara satu samalain serta saling bantu membantu.
7. Bijaksana, dalam mengambil tindakan , membuat keputusan dan melaksnakannya dengan berhemah.

Anonymous
Re: Kooperasi Amat Jaman?
Tue Feb 6, 2007 12:02PM
61.6.163.21
Dah dapat dah...................................
Siap ada logo PBM awan alamat PBM...
Ulun dah refer ka AJK jar kada taho.........
Intya ambil lah tindakan nang sawajarnya.......
BARELAAN

SH
Lagi sakali anih bin ajaib
Tue Feb 6, 2007 12:22PM
60.50.242.154
Lagi sakali anih bin ajaib.Kooperasi PBM,tapi AJK PBM kada tahu?

Si aneh bin ajaib
jawapan nya
Tue Feb 6, 2007 12:55PM
60.48.26.45
1. Pamphlet tu di edar secara kada sah.

2. YDP dan AJK memang kada taho. Tahuam Setiausaha, taho kah jua inya.

3. Mengunakan sesebuah syarikat sdn.bhd. yang balum di daftar, adalah salah dari segi undang-undang. bulih di dakwa sebagai ` penipuan '

Apa muslihat / agenda di sebalik tabir ?, siapa di sebalik tabir basungkup ? main sungkupan kah ? cak !!!
munkin niat baik, tapi caranya kada bujur. Jangan belakangkan undang- undang perlembagaan.

elbi
Amun Pak Lah....
Tue Feb 6, 2007 12:49PM
202.188.228.75
ada mantri-mantri atawa orang nang kada bakaitan maulah napa nang kada disuruh atawa kada disatujui jamaah mantri hidin,lalu basuaralah hidin cara rasmi. Patutnya orang ganal PBM nang ada otoriti basuaralah jua dalam AB nih. Kada ah aci wakil-wakil haja...

Anonymous
Re: Ujar carita....
Tue Feb 6, 2007 5:28PM
202.184.41.200
Asanya, kada mun kada diiktiraf, tapi orang kuat PBM kada umpatan di AB. Itu yang kada tahu apa nang dipandirkan. Jadinya bagi ulun apa yang dipandirkan diAB bukan yang rasmi dari PBM. Mesy di Sungai Ganal ulun anggap hanyar cadangan, hanyar tumbarnya haja. Balum dikira sebagai jemputan. Amun setakat bawakil haja, ulun kada datang. Amun babujuran bawakil secara rasmi hanyar kira OK.

Aku kada jua menyalahakan nang bahabar, tapi ada baiknya amun kada mandahului pada katuha.

Barelaan lah. Ulun basangka baik haja pada sabarataan. Kada manyubalahi mana-mana.

No comments: